Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
Honesty is the Best Policy - Benjamin Franklin
Minggu terakhir sebelum bercuti, sibuk makin menjadi-jadi. Walaupun pelajar-pelajar Tingkatan 1-4 sudah mula bercuti, manakala Tingkatan 5 pula sedang menduduki SPM, kerja semakin menjadi-jadi. Dengan modul yang belum siap + SKT yang kena update + isi. Hari-hari terakhir memang sibuk, lagi sibuk dari hari-hari baisa (?)..haha..Tapi masih ada kerja yang di-delay sehingga cuti ah..opppsssssss itu rahsia bha...................haha..
Ketika update blog ni, jam menunjukkan 1021pm, di KKIA2. Tapi sebagai mengisi masa lapang, update la jugak. Kejap, masa lapang?KKIA2? Ya, memang masa yang lapaaaaaanggg sangat......Hari ni 19 November 2011, sepatutnya sekarang sudah dalam perjalanan dari KL ke N9, tapi disebabkan cuaca yang buruk, our flight was delayed from 630pm to 1225am. Can u imagine that?? This is my very 1stime experience.........................
WHITE WATER RAFTING at SUNGAI PADAS TENOM
Tak payah cerita pasal flight la, better cerita pasal rafting. Sejak tahun lepas sekolah memang bercadang nak pergi panjat Gunung Kinabalu. Tak jadi ke Kinabalu ajak pergi rafting di Sg Padas pula. Tapi akhirnya dua-dua pun tak jadi. Mujur Kinabalu dapat naik juga dengan kawan-kawan dari KL. Rafting pula boleh dianggap sebagai 'short notice'. Kawan ajak pergi water rafting. Disebabkan very da excited terus nak ikut. Sehari sebelum rafting, 1 hari suntuk shopping di KK. Pergi rafting tu pun memang dalam keadaan yang kurang bersedia+penat. Boleh pulak tak ingat pun rafting tu kena pakai topi bagai, kan dah tersilap pakai tudung. So nextime kalo pergi rafting, kena pilih tudung yang best..haha..
So pagi yang dijanjikan, bawa beg sandang, air & roti canai. Perjalanan dari pekan Tenom ke Kg Pangi mengambil masa lebih kurang 1/2 jam dan pengangkutan yang ada cuma 1 sahaja iaitu KERETAPI. Tapi untuk trip kali ni, geng rafting buat 2 trip cable car..
Dalam pukul 8 pagi dari Tenom. Selepas taklimat ringkas, dalam pukul 930am kitorang pun memulakan 'aksi' rafting. Semua sekali ada 3 pasukan. 1 pasukan terdiri daripada 4-6 ahli dibantu 2 orang coach. Kebetulan salah seorang daripada coach pasukan kitorang terdiri ialah pelajar Entabuan. Rasa secure jugak la. Selain kitorang 3 pasukan, ada 3 lagi canoe yang guide trip kitorang termasuk seorang photographer..hehe..
Sepanjang 2 jam rafting, ada 3 kali kitorang dipaksa terjun ke dalam air. Sesiapa yang tidak terjun akan ditolak/ditarik. Coach akan beritahu setiap kali perlu mendayung atau rehat, dan juga setiap kali perlu senyum apabila berhadapan dengan kamera..haha..Ada beberapa kawasan berbahaya (tak ingat istilah apa) yang perlu ditempuhi. Overall, Alhamdulillah seronok!! Rasa macam nak pergi lagi bha...
Ini gambar sebelum melakukan aksi
rafting...
Ok setakat ini dahulu, ada 2 jam lagi sebelum departure/boarding..Aduhai...
Wassalam