Wednesday, December 7, 2011

PAVLOVA vs PAVGUA

Assalamualaikum & salam sejahtera..

"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough" - Albert Einstein

2 minggu sebelum 'mulik' ke TENOM Sabah..

Dah 10 hari tak update blog. Maklum la, minggu-minggu terakhir cuti ni banyak urusan yang ingin diselesaikan. Alhamdulillah modul sudah dihantar dan dalam proses pencetakan. Sekarang masih menunggu mood untuk buat skema jawapan. Minggu ni juga sibuk dengan usaha melipat kain baju yang menggunung tinggi serta mengemas rumah. Sambil tu 'selit-selit' baca novel. Eh, walaupun sibuk dengan pelbagai urusan, sedar tak sedar aktiviti YES (Year End Shopping) 2011 sudah sampai ke part 4! Esok insya Allah akan bersambung ke part 5 iaitu ke Shah Alam pula. Over uols!

PAVLOVA vs PAVGUA

Cuti balik kampung memang biasa sibuk nak cuba masak itu ini. Kat rumah (baca sebagai Semenanjung) ada mixer, oven & segala perkakas. Bahan-bahan pun mudah nak beli. So apalagi, kali ni cuba masak PAVLOVA. Beberapa bulan kebelakangan ni asyik tengok orang dok tayang pavlova masing-masing. Kita pun nak cuba juga. Sebenarnya nak beli, tapi tak tahu kat mana. Sebab tu terpaksa buat sendiri bha..

PAVLOVA

Pavlova merupakan sejenis manisan yang popular di sekitar New Zealand & Australia. Mengambil nama sempena penari ballet Rusia iaitu Anna Pavlova, manisan ini terdiri daripada 3 lapisan iaitu meringue-based (tapak), whipped cream & buah-buahan segar seperti kiwi, markisa & strawberi.

PAVGUA

Kali pertama cuba buat pavlova, guna oven nenek. Sebenarnya oven ni, orang Sabah cakap dah 'sot'. Almaklum usia oven ni pun dah berpuluh-puluh tahun. So tunggu punya tunggu 2 jam pun masih belum masak-masak juga. Kali kedua buat cuba guna oven Mak pula. Wah, kali ni disebabkan guna oven 'muda remaja', ter-cepat sangat la pula masak. Secara keseluruhan dua kali cuba, dua-dua kali menghidangkan pavlova yang berbeza. Semasa buat pavlova tu, adik saya Udo cakap "Kalau jadi kito panggil pavlova, kalau tak beghapo nak jadi kita panggil PAVGUA".

Jadi inilah dia PAVGUA (^_^)


Pavgua ke pavlova ke, janji LICIN!!

Ok-lah nanti update lagi. Harap-harap YES 2011 (Part 5) Shah Alam esok berjalan lancar & harap-harap segala barang yang dihajati tu dapat dibeli!!

Wassalam.

1 comment:

  1. assalam dik
    alhamdulillah bertemu lagi ye kat blog pulak..
    he he
    kak Nuri =saranur74 blogsport...

    ReplyDelete

 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB