Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
NO PAIN NO GAIN
Tak berusaha tak berjaya, jadi kalau nak berjaya kena la berusaha. Konsep ni semua orang pun tahu, tak payah explain (^_^).
Johol N9>KL>KK>TENOM SABAH
Saya balik awal (211211) iaitu sehari sebelum keputusan PMR 2011 diumumkan kerana bertugas untuk membuat analisis. Perajalanan balik lancar.
PMR 2011
Alhamdulillah & TAHNIAH kepada semua calon PMR 2011 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang!! Tahniah juga kepada semua guru & warga sekolah yang telah bertungkus lumus sepanjang sesi persekolahan 2011. 1 orang berjaya mendapat 7A (staight As), 8 orang 6A manakala 4 orang mendapat 5A. Buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun penubuhan (sejak 2001), sekolah berjaya mencatatkan peratus lulus 74.68% dengan GPS 2.93. Mata pelajaran SAINS juga mencatat sejarah apabila mencatatkan 100% lulus dengan 22 orang mendapat A manakala Bahasa Inggeris juga mencatatkan keputusan yang sangat baik dengan peratus lulus 79.11%. Alhamdulillah!
JAPANESE COTTON CHEESECAKE
Dalam kalut + sibuk packing nak balik TENOM, malam sebelum tu masih sempat cuba buat kek ni. Agak nervous juga disebabkan ini kali pertama cuba masak cheese cake guna kaedah bain marie @ water bath. Tengok gambar je la. Nak cerita panjang pun belum ada mood; memikirkan sesi persekolahan 2012. Hehe
Goodbye 2011 WELCOME 2012!!
Wassalam
No comments:
Post a Comment