Friday, February 27, 2009

ADAM DANIAL B MOHD RADZIF

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian..
(atau boleh jugak, bersusah payah dahulu, bersenang-lenang kemudian) :)

Suka ingatkan pelajar-pelajar (termasuk diri sendiri) agar belajar dengan bersungguh-sungguh semasa zaman study, agar terjamin masa hadapan. Lebih baik berhempas pulas semasa ‘study’ dengan mengambil kursus & subjek ‘kritikal’, daripada ‘kritikal’ masa nak mencari kerja kelak..Pilih, nak susah masa belajar tapi senang nak cari kerja atau nak senang masa belajar tapi susah nak cari kerja..

p/s: TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA KEPAYAHAN SEPAHIT HEMPEDU

ADAM DANIAL BIN MOHD RADZIF
Alhamdulillah. Tahniah kepada abangku Abang Ajib serta isteri beliau, kak Dilla atas kelahiran putera sulung pada 21 Februari 2009, 1.23pm di Hospital Dungun, Terengganu. Semoga Adam Danial menjadi anak yang soleh serta cemerlang dunia & akhirat. Adam Danial merupakan cucu sulung Mak & Abah-ku serta cicit sulung kepada Uwan (Johol). Bagi mengikuti perkembangan Adam Danial, sila klik PRIA GANTENG

That's all la yo Adam Danial..
Mak Ngah nk poie STUDY k..
a-haks

Wassalam

Wednesday, February 25, 2009

BUKIT GASING PJ

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

BELUM CUBA BELUM TAHU
Sebelum mencuba sesuatu kita tidak boleh terburu-buru cakap tidak tahu. Jangan cepat melatah, jangan cepat mengalah. Fikir positif. Jadikan segala cabaran dan rintangan sebagai dugaan dalam kehidupan. Kalau sentiasa bahagia dan aman, itu bukan kehidupan, mungkin hanya lakonan. Perlu diingat, segala pancaroba adalah pengalaman yang mendewasakan. Jangan takut mencuba, jangan takut terluka. Tidak rugi mencuba sesuatu yang baru. Kalau tak cuba, tak tahu!!

HUTAN PENDIDIKAN BUKIT GASING PJ
'Hiking' lagi dengan sahabat-ku Erliz. Kali ni kitorang pergi 'area' dekat je; HUTAN PENDIDIKAN BUKIT GASING PJ. Kawasan riadah ni terletak di Jln Tanjung 5/4 off Jln Gasing, Seksyen 5, Petaling Jaya, Selangor. Sungguh ramai orang beriadah di sini, especially Chinese.


Siri 1 (1/2/9)
Saya & Erliz. Sempat 'cover' bahagian Anak Sungai & Menara Pandangan.



Siri 2 (15/2/9)
Saya, Erliz, McYu & Fairuz. Kali ni ke Menara Pandangan (sekali lagi) & Jambatan Gantung. Trek ni lebih mencabar dari Siri 1.


STUDY + study!!

Wassalam..

Monday, February 23, 2009

BLOGSPOT vs FOTOPAGES (FP)

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Blogspot vs Fotopages (FP)
Daku dah ada FOTOPAGES, tapi disebabkan WAJIB, daku gagah-kan diri, tekad-kan hati, kuat-kan semangat, bulat-kan niat, untuk ber-BLOG jua..

Bukan tidak sudi ber-blog..Bagi-ku fotopages lebih kepada foto (yelah, nama pon 'muka surat foto') sebaliknya blog ku-lihat sebagai medium bermadah..Daku ni, bab2 penulisan 'tidak se-kreatif mana' vs 'tidak cukup kreatif'..alahai..aduhai..huhu..

Sekiranya lapang + senang, mari jenguk FP-ku:
srsfeqah.fotopages

Hmm, sebenarnya daku pernah ada blog sebelum ni, tapi lantaran kurang minat, blog-ku itu ku-biar-kan 'berehat'..hehe..kesian..
bahason9.blogspot

TERIMA KASIH Nik
Sekalung penghargaan terima kasih kepada sahabat-ku Nik atas ke-sudi-an melapangkan diri
+ me-layan karenah-ku sepanjang 'informal tutorial' berkaitan 'topik' blog..Saba yo la kan Nik dapek anak mughid yang 'sebegini'..kui kui..

Tidak lupa, kepada sahabat2 semua, selamat mem-blog-ging-kan diri anda. Mari dapat-kan 10% :) haha..Err, boleh kan En Zol??

Buat akhirnya, jauh di lubuk hati, BLOG itu SERONOK!!

STUDY vs study!!

Wassalam

Saturday, February 21, 2009

AKU



Aku,

Aku adalah aku,
Tiada siapa yang dapat menjadi aku,
Selain aku,

Aku,
Aku memang aku,
Tiada siapa yang telah menjadi aku,
Selain aku.

Aku,
Aku tetap aku,
Tiada siapa yang akan menjadi aku,
Selain aku.

A-K-U
Aku
 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB