Sunday, November 13, 2011

Sambutan Sedekad ENTABUAN & Tarian Magunatip (Rekod Malaysia)

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia...

Opportunity never knocks twice..........................

Alhamdulillah sambutan sedekad ENTABUAN berlangsung meriah. Pelbagai acara telah diadakan selama 2 hari 2 malam iaitu Tarian Magunatip (Rekod Malaysia; 120m), Ratu Sedekad, Explorace Entabuan, Pertandingan Nyanyian (Pelajar) & Karaoke (Ibu bapa), Sukaneka, Sukan Rakyat, Pameran, Gerai Jualan & Bazar, Cabutan Tiket Bertuah serta Konsert Sedekad yang membariskan Ampal @ Abu Bakar Elah, Ebby AF, George Lian (penyanyi Dusun) serta ADAM AF.

Paling membanggakan Tarian Magunatip telah berjaya mencatatkan rekod Malaysia bagi Tarian Magunatip terpanjang serta melibatkan peserta paling ramai memakai pakaian tradisional kaum Murut, Kadazan Dusun serta Lundayeh.




TAHNIAH & TERIMA KASIH kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung; YB Raime Unggi Ahli Parlimen P181 Tenom, Ketua Pemuda Umno Sabah En Jamawi Jaafar, Jabatan Penerangan Sabah, Warga SMKE & PIBG, artis yang terlibat serta para pengunjung.

Wassalam

No comments:

Post a Comment

 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB