Saturday, November 5, 2011

Salam AIDILADHA

Assalamualaikum & Salam Aidiladha..

(Takbir raya).................

Tahun ni tahun ke-2 sambut Raya Haji di Sabah. Suasana? Susah nak kata......

Tahun lepas Raya Haji jatuh pada hari Rabu, manakala cuti sekolah akhir tahun bermula Jumaat. Confirm tak balik raya. Ada juga beberapa orang kawan ambil cuti Khamis & Jumaat, so Rabu tu dah mula cuti terus.

Pagi raya tahun lepas kami ber-3 (bersama rakan serumah), menunaikan solat sunat di masjid. Balik dari masjid makan Nasi Lemak & Agar-agar. Petang tu beraya ke rumah kawan-kawan.

Tahun ni pula Raya Haji kena hari Ahad, so dapat extra cuti hari Isnin. Cuti sekolah akhir tahun pula akan bermula dalam masa 2 minggu. Memang tak balik raya juga la jawabnya. Ada juga beberapa orang kawan yang balik raya. Rajin betul diorang ni, terutama yang sudah berumah tangga.

Tahun ni pula 1 orang balik kampung, 2 orang lagi pula 'off''. So raya di rumah kawan-kawan sahaja la nampak gayanya. Juadah pula 1 sahaja iaitu apa lagi kalau bukan KEK COKLAT.


Ok la, nak sambung buat Modul Sains yang 'berjanggut' nak siap.

Salam Aidiladha.

Wassalam

No comments:

Post a Comment

 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB