Assalamualaikum & Selamat Bercuti (kepada yang bercuti..hehe)
"Al 'ilmu bila 'amal kash shajar bila thimar"-Pepatah Arab yang bermaksud ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah.
CUTI NOVEMBER-DISEMBER 2011
Sudah 4 hari bercuti; masih lepak-lepak sahaja di rumah. Setiap kali (ewah baru 2 kali-nya pun), plan utama tidak lain tidak bukan pasti SHOPPPPPING!! Setakat ini belum ada 'perancangan spesifik' untuk misi shopping kali ini. Haha, over juga uols.....
Sebelum cerita pasal shopping, suka saya ingatkan semula 'kisah' perjalanan balik saya dari KK ke KL pada hari Sabtu (19 Nov 2011) yang lepas. Saya beli tiket beberapa minggu sebelum tarikh balik. Memang tiada plan nak bercuti di Sabah (sebab tiada geng; kesian juga oh) + memang nak balik awal ke N9 sebab plan nak balik awal pula ke Sabah bulan Disember nanti. So saya pun beli tiket Sabtu petang disebabkan Jumaat malam ada jemputan kahwin kawan di Tenom Sabah. Sabtu tu pula memang sengaja saya pilih balik petang sebab saya minta tolong Abah jemput di LCCT sebelah malam. Jadi kesimpulannya saya pun beli tiket Sabtu 19/11/11 630pm. Teksi Tenom-KK diuruskan oleh kawan kepada housemate (sekarang dah jadi x-housemate sebab dia dapat pindah ke Selangor).
Maka pada hari Sabtu yang indah tersebut, kami ber-3 memulakan perjalanan seawal 11.15am dari Tenom dan tiba di KK pada jam 1pm. Setelah drop x-housemate di KKIA, saya & kawan tu ke Pasar Filipina untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Kemudian kawan tu check in di hotel sebab flight dia awal pagi esok, manakala saya terus ke KKIA2 dan tiba dalam lingkungan 2.15pm. Disebabkan terlalu lapar, saya lunch dulu sebelum menunaikan solat jamak Zuhur & Asar. Selepas solat duduk-duduk dulu di surau sementara menunggu 5pm untuk drop luggage. Saja tunggu lambat sedikit supaya lepas drop beg tunggu sekejap sebelum check in. Drop beg takde masalah, sekali tu masa check in di imegresen barisan punya panjang. Masa tu serius dah risau tak sempat nak boarding. Tapi nasib baik urusan di imegresen berjalan lancar. Sampai di dalam 20 minit sebelum 6.30pm, ngam la tu. Tunggu punya tunggu sambil menonton perlawanan separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA; Malaysia menentang Myanmar, kapal terbang masih belum kunjung tiba. Kita pun faham juga situasi akibat cuaca buruk; hujan yang sangat lebat. Menjelang pukul 7pm, flight 5pm dapat berlepas. Kitorang semakin resah menunggu, mujur juga jumpa kawan satu kursus yang bekerja di Keningau dan nak balik Kelantan, kami 1 flight; bagus ada geng. Tiba-tiba 830pm kitorang diberitahu flight 630pm ditunda ke 1235am. OMG serius rasa macam mimpi; delayed for 6 hours? So apa lagi kitorang ber-2 terus ke surau jamak solat Maghrib+Isyak. Dan di situ lah kami 'bertapuk' sehingga dipanggil untuk penerbangan.
Itu kisah di KK. Di KL pula, adik-adik yang 'bertugas' untuk jemput di LCCT juga resah menanti, sehingga diberitahu tentang 6 jam delay. Jadi jangkaan tiba di LCCT jam 3 pagi uols; mengalahkan penerbangan internasionale (bak kata Mamat Khalid). So tepat 1235am kami berlepas dari KKIA2 dan tiba di LCCT 3am. Dalam flight suasana memang sunyi. Majoriti tidur. Tiba di LCCT, acara 'wajib' adalah tapau MacD & White Coffee sebelum meneruskan perjalanan ke Johol N9. Disebabkan ikut laluan Kuala Pilah instead of Rembau, kitorang tiba di Johol ketika azan Subuh berkumandang.
Alhamdulillah dapat balik kampung!!
Eh punya panjang cerita pasal flight kali ini. So terpaksa delay la cerita pasal plan shopping..hahaha
Till then, wassalam.
patut tulis situ... saya pon tak perasan adik sy ikut jalan mana.. sebab masuk je LBJ saya dah tido.... sama je dgn adik sy yg tak leh bercakap tu....
ReplyDelete:P