Wednesday, November 9, 2011

TARIAN MAGUNATIP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

"Nothing in life is to be feared. It is only to be understood.” - Marie Curie (Polish–French physicist–chemist)

Minggu terakhir persekolahan punya-lah sibuk. Dengan kena hantar modul, persiapan untuk perayaan sedekad & urusan dengan klinik juga.

Tapi bukan semua kerja dapat buat da. Urusan dengan klinik terpaksa dibatalkan pada saat akhir disebabkan memang tiada waktu terluang langsung sepanjang minggu ini. Isnin, cuti Aidiladha. Selasa, Rabu & Khamis, sebelum waktu rehat ada latihan tarian magunatip, selepas waktu rehat pula buat persiapan untuk perayaan sedekad dan urusan lain.

Tahun ini merupakan tahun ke-10 penubuhan sekolah. Jadi sebagai menghargai jasa guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar, perayaan sedekad diadakan secara besar-besaran. Salah satu aktiviti yang akan berlangsung pada perayaan tersebut ialah Tarian Magunatip.

Tarian Magunatip merupakan tradisional kaum Murut. Terdapat beberapa orang akan mengetuk buluh/bambu manakala beberapa orang penari akan menari sambil melompat pada celahan buluh-buluh tersebut diiringi paluan alat-alat muzik tradisional.


Tarian magunatip yang kami akan buat ini adalah cubaan untuk memecahkan rekod Malaysia yang sedia ada; melibatkan peserta paling ramai serta jarak paling jauh. Tarian kali ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu statik 5 minit & seterusnya melompat buluh sejauh 120m!!

Hari ni tadi ada percubaan menari magunatip. Sangat penat ok! Cuba bayangkan, berjalan dari hujung ke hujung pun dah penat, ini kena melompat buluh bagai pula. I don't care, still wanna give a try...Tapi memang serius, sangat penat!!

Anyway all da best to all of us!!

No comments:

Post a Comment

 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB