Thursday, November 3, 2011

APC (Anugerah Pelajar Cemerlang) 2011


Asslamualaikum & Salam 1Malaysia!!

"In the end it is not the years in your life that count, it's the life in your years" - Abraham Lincoln

Alhamdulillah, sebaik sahaja selesai EXCEL PMR 2012, terus kelam kabut (baca sebagai 'sibuk') dengan proses menanda kertas seterusnya persiapan untuk Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) 2011. Tambah kelam kabut sebab majlis dibuat seminggu lebih awa
l dari perancangan; disebabkan 1 lagi acara MEGA iaitu Sambutan Perayaan Sedekad Sekolah ditunda 1 minggu.

Jadi macam biasa la, ada macam2 cabaran. Ada guru yang belum 'key in' markah, pembetulan sana sini & sebagainya. Apapun itulah cabaran menjadi S/U APC. Tahun ni merupakan tahun ke-2 saya menjadi S/U.



Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar. Terima kasih kepada YB Datuk Radin Malleh ADUN N35 Melalap, PIBG, Ibu Bapa, guru-guru serta tidak lupa pelajar-pelajar yang terlibat sepanjang pelaksanaan majlis. Tahniah kepada pelajar-pelajar & guru-guru yang telah mendapat hadiah. Semoga sukses selalu.

Wassalam

No comments:

Post a Comment

 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB