Monday, August 22, 2011

ISNIN OH ISNIN

Salam Ramadhan...

Seperti Isnin-Isnin yang lalu, setiap kali tiba hari Isnin sentiasa tidak menentu. Walaupun sudah bercuti 2 hari, persiapan hari pertama masih begitu. Kadang-kadang pagi Isnin la baru perasan itu tak siap, ini tak sudah. Biasa bha itu.....hehe....

Jadi seperti yang telah dikatakan tadi, hari ni seperti Isnin yang dulu, seperti Isnin minggu lepas, seperti Isnin bulan lepas. Sampai sekolah baru-lah sibuk dok pikir nak ajar apa la hari ni....hehe...Sejak bermula jadual siri 3 ni, Isnin-lah hari yang paling full. 6 kelas + 1 perhimpunan. 3 waktu je free. Itupun waktu yang free 'curik-curik' ke bilik fotostat, pejabat atau kantin (sekarang tak pergi la sebab bulan puasa). Dan lebih seronok 6 waktu ada 4 kelas yang berbeza. Jadi maksudnya ada 4 RPH (Rancangan Pengajaran Harian) yang berbeza, dan sudah tentu 4 persediaan yang berbeza.

Tapi hari ni seronok juga la. Walaupun kadang kala tidak bersedia, tapi back-up sentiasa ada punya..haha..So tadi 1 Elite tak masuk kelas sebab main 'jual-beli' kelas minggu lepas dengan Kak Teo, 1 Gamma buat corrections (padahal paper belum habis marking uols hehe), 3 Delta - Topical Test Form 1 & 2 Elite pula buat revision untuk Topical Test Form 1 (esok). Alhamdulillah tamat Isnin.

Minggu ni minggu terakhir bulan Ramadhan di Sabah, untuk tahun 2011 la. Tak sabar nak balik kampung oh................................................

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB