Sunday, August 21, 2011

RAMADHAN 1432H

Salam Ramadhan 1432H

Dah 21 Ramadhan baru nk update blog. Tahun ni seronok; senang nak kira; 21 Ogos = 21 Ramadhan.....

Yup, sejak 2 menjak ni memang sibuk yang amat. Dengan sibuk nak 'kejar' silibus, dengan 'proses adaptasi' dengan jadual baru & pelajar2 baru, dengan tuisyen sana sini, key-in markah kerja kursus PMR...Setiap hari memang busy. Balik dari sekolah terus 'bertapuk' dalam bilik. Dari petang hingga ke malam sampai la ke pagi. Rasa macam dah lama sungguh tak tengok tv, especially lepas 'Maharaja Lawak' tutup kedai..eheh..

Oh ya, bercakap pasal kelas Elit; saya 'terpilih' untuk mengajar kelas Elit; subjek Sains untuk kedua-dua kelas; 1 Elit & 2 Elit. Jadi sekarang saya mengajar Sains 1 Elit, Sains 2 Elit, Sains 3 Delta & English 1 Gamma. Hah ambik kau! Kecuali 1 Gamma, yang lain semua kelas 1st. Ok juga bha; pengalaman. So far I'm quite excited with my new schedule!! XOXO

Beberapa hari sebelum cuti raya. Budak2 form 3 sudah masuk fasa akhir; pecutan untuk PMR. Harap-harap diorang pn memecut juga, sama seperti cikgu2 mereka......Tapi kadang-kadang nampak macam cikgu2 je yang sibuk memecut, budak2 masih belum 'tersedar dari mimpi'...Aduhaiiiiiiiiiiiiii...............

Wassalam

No comments:

Post a Comment

 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB