Saturday, June 18, 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH TENOM SABAH 2011

Assalamualaikum & salam 1Malaysia..

Minggu pertama persekolahan. Proses penyesuaian diri setelah 2 bulan bercuti..hehe..

Sibuk. Guru-guru sibuk. Budak-budak juga sibuk. Sebelum cuti sekolah sibuk dengan peperiksaan. Selepas cuti sekolah sibuk 'key-in' markah & buat analisis, serta buat perbincangan soalan. Budak-budak pula sibuk; ada yang nak tambah markah, ada pula yang nak tahu jawapan. Tapi yang pasti tiada yang sibuk nak tolak markah.

Minggu terakhir semester 1 hari tu, budak-budak telah dimaklumkan bermula semester 2, 'kelas elit' akan diwujudkan bagi pelajar-pelajar yang pandai; 1 kelas Tingkatan 1 & 1 kelas Tingkatan 2. Jadi budak-budak pun makin sibuk nak tahu mereka terpilih atau tidak. Tetapi mereka tidak tahu guru-guru lebih sibuk, mahu memastikan pelajar-pelajar yang terpilih adalah di kalangan pelajar-pelajar yang layak sahaja. Setakat minggu ni, senarai nama pelajar kelas elit masih belum muktamad. Setiap hari ada perubahan. Ada yang tidak puas hati itu, ada yang kurang puas hati ini. Erk, saya pun 'terheret' sama uols..hehe..

Jadi, kalau ada kelas baru, mesti ada jadual waktu baru. Lepas ni agak-agak kena ajar pula ya..hehe..Sains oh..

Oh ya, pagi tadi ada sambutan Hari Guru peringkat daerah TENOM Sabah yang dibuat di sekolah kami. Bangga. Seronok. Lebih bermakna kerana buat julung-julung kalinya Pengarah Pendidikan Negeri Sabah menjejakkan kaki ke daerah TENOM dan sudah pasti sekolah pertama yang dilawati ialah sekolah kami. Terima kasih.

Sudah habis cerita.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB