Friday, June 17, 2011

BLOG oh BLOG

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
Peribahasa ini menggambarkan seseorang yang melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama kelamaan apabila sudah bosan, perkara tersebut ditinggalkan. Saya pasti semua orang pun pernah mengalami situasi tersebut. Hehehe..

BLOG oh BLOG
Sudah hampir setahun tidak update blog. Selain blog, saya juga ada fotopages @ fp. FP pun baru mula diupdate beberapa minggu lepas, selepas hampir 5 bulan terbiar sepi. Hehehe..Serius, tahun 2011 agak sibuk. Dengan tugasan kurikulum, kokurikulum serta tugas-tugas lain-lain. Keinginan untuk ber-blog tu ada, tapi kadang-kadang ada kekangan masa pula. Lebih baik mendahulukan 'tugas'. Ya tak?

2011
Tahun ni mengajar 3 kelas English Tingkatan 1 & 1 kelas Sains Tingkatan 3. Selain itu jadi Setiausaha PMR, Ketua Guru Penasihat Persatuan Sejarah, Setiausaha (actually ketua) Kesihatan & Rawatan, Jurulatih Balapan & Padang, Penyelaras PPIM, Tuisyen English Tingkatan 3 & sebagainya. Tahun ini sangat sibuk sebab kali pertama bertugas sebagai Setiausaha PMR serta terlibat sebagai jurulatih sukan dari peringkat sekolah > daerah Tenom > bahagian Pedalaman (di Tambunan) seterusnya negeri Sabah (di Kudat). Sebagai makluman tahun ini juga merupakan tahun pertama mengajar Sains, dapat pula Tingkatan 3 & tambah 'best', dapat pula kelas pertama. Ajar Sains tidak seperti ajar English. Ajar Sains kena lebih bersedia+mantap Jadi cabaran lebih, maka usaha juga perlu lebih. Yeahhh...

Ada masa nanti update lagi. Ini gambar di The Tip of Borneo; Simpang Mengayau di Kudat. Berpeluang ke Kudat kerana terlibat sebagai jurulatih/chaperon untuk MSS Sabah; mewakili kontinjen Pedalaman.
Ok that's all for now..

Wassalam

No comments:

Post a Comment

 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB