Tuesday, October 18, 2011

EXCEL 1 PMR 2012

Assalamualaikum & salam 1Malaysia.............

LIFE is like a game of soccer, you need GOALS!!

Wah, everyday update FB's status uols.........................

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus dari Januari-Oktober 2011, PMR 2011 melabuhkan tirai. Sebaik tamat PMR 2011, 'perang' PMR 2012 sedia bermula.

Excel 1 PMR 2012 bermula pada 17 hingga 21/10/11, selaras seluruh Sabah. Minggu sebelum Excel tu, cuba sedaya upaya untuk 'cover' bab-bab yang penting. Science Form 1 memang tak sempat nak bincang semua bab manakala Science Form 2 pula, tak sempat nak 'jenguk' bab 1-5. Anyway just hoping they'll do their best. Actually the questions are quite easy, but as you know they don't study though.............

Sambil 'berperang' dengan Excel Form 2 & Final Year Exam Form 1, ada 1 lagi 'peperangan' yang sedang berlaku. Guru-guru yang terlibat perlu menyiapkan modul untuk setiap mata pelajaran bagi sesi 2012. And 'luckily' I had been chosen to complete the Science Module form Form 3. However the mood is not yet arrived, hope I'll finish it on time!! Pray for me......................................


3 Delta 2011

Wassalam

Friday, October 7, 2011

PMR 2011


Salam & hi.....

Weeks before PMR 2011
Beberapa minggu sebelum PMR, totally super duper busy..2 minggu sebelum PMR, 6 orang pelajar terpilih untuk mengikuti kelas tusyen-personal uols. Actually 'bengang' dengan seseorang yang cakap tiada calon PMR 2011 yg layak dapat 7A..hellooo???


Score D English PMR 2011
Weekend before PMR, as Principal's ordered, 90 students were chosen to join the Score D English Programme held by the English Panel & helped by non-English teachers. Hopefully all of them will pass their English papers.

A day before PMR
After recess the real preparations started. With the arrangement of the desks & chairs, relocation of the students & the desks' labels. Bilik Kesihatan was used for the PMR's Teachers+Penddidikan Khas candidates & 7 classes were used for 170 PMR's candidates.



PMR 2011 (4-11 October 2011)
Day 1 (4/10/11): BM & Pendidikan Islam
Day 2 (5/10/11): English & Geografi
Day 3 (6/10/11): Science & Sejarah
Day 4 (10/10/11): Mathematics & Kemahiran Hidup
Day 5 (11/10/11): Bahasa Arab

Wish all of them score with flying colours!!

Wassalam

Monday, September 12, 2011

Post-Raya

Salam Syawal..

Isnin ke-2 selepas cuti raya. Raya tahun ni teramat la simple uols. Baju raya tahun ni actually beli lepas raya tahun lepas. Dok simpan2 tak pakai. Alih2 adik3 cakap tahun ni tema 'kelabu' Apa lagi terus 'reserved'. Save budget kunun. Haha. Tudung kelabu pun dah beli tahun lepas, lepas beli baju tu. Yang itu pun reserved jugak. Tapi itu la beli tahun lepas, jahit manik tepi tudung nak juga buat malam raya. Haha...

Beberapa hari sebelum mula puasa baru sibuk nak beli tiket raya. Minta CRK untuk hari Jumaat sebab ramai yang balik Khamis petang. Pengetua tak bagi ambil CRK sebab bersambung dengan cuti panjang + Pengetua cakap mungkin nak bagi cuti peristiwa Jumaat tu (26/8/11). Lepas confirm je Jumaat tu cuti, terus beli tiket balik Khamis 630pm. Ha ambik ko tak menyempat-nyempat. Minggu terakhir sebelum cuti tu jugak pergi kursus induksi di Likas Condotel KK; 26-28/7/11).

Sepanjang bulan puasa biasa je la. Memang tak pergi bazar Ramadhan. Setiap hari bergilir-gilir masak di rumah. Minggu terakhir Ramadhan je iftar di luar. Sekali dengan budak2 3 Delta di K*C, sekali iftar jamaie di sekolah. Jadi la. Tarawih memang di rumah. Tadarus? Kantoi..Ada 12 juzuk lagi menunggu dalam bulan Syawal. Insya Allah.

Beberapa hari sebelum balik, baru sibuk nak booking teksi ke airport. Kitorang balik ber-3; dgn Haini & Dil. Dalam flight duduk sebelah Haini. Sampai di KL, Anum & Imah jemput, terus ke rumah Pidah & Sharif. Mak & Abah pun ada. Lepas dah makan & solat, kitorang ber-3 ke downtown Bangi cari baju Melayu untuk 2 hero; Udo & Dik Wan. Sampai ke pagi tak jumpa. Mak & Abah terus balik N9. On the way balik N9 singgah beli MekD; wajib. Akhirnya pukul 330am baru sampai rumah. Solat tarawih & terus sahur & Subuh sebelum tidur.

Hari-hari sebelum raya memang 'flat'. Sabtu sebelum raya sempat ke Seremban & Senawang; shopping. So raya 2011 as mentioned b4, punya la simple. Abang & family serta Pidah & husband raya di rumah mertua. Raya pertama pun kitorang tak jalan2. Raya ke-2 sempat pergi 2 buah rumah. Raya ke-3 ada kenduri di kedai. Raya ke-4 raya 1 buah rumah + shopping kat Tampin. Raya ke-5 (Sabtu) dah balik Tenom. Overall 4 buah rumah je sempat beraya tahun ni (termasuk rumah Kolo).

Hujung minggu selepas cuti raya (9-11 Sept) ada program Skor A Sains PMR & English SPM. Punya la penat hingga ke hari ni. Tapi yang penting puas hati beb! Alhamdulillah.

Ok, dah la tu kot. Kena fokus untuk PMR pula, tinggal kurang 3 minggu je lagi. Oh ya minggu ni; 12-19 Sept 2011 diorang ada Trial PMR peringkat sekolah. Harap-harap semua pun dapat keputusan yang cemerlang.

Wassalam.

Monday, August 22, 2011

ISNIN OH ISNIN

Salam Ramadhan...

Seperti Isnin-Isnin yang lalu, setiap kali tiba hari Isnin sentiasa tidak menentu. Walaupun sudah bercuti 2 hari, persiapan hari pertama masih begitu. Kadang-kadang pagi Isnin la baru perasan itu tak siap, ini tak sudah. Biasa bha itu.....hehe....

Jadi seperti yang telah dikatakan tadi, hari ni seperti Isnin yang dulu, seperti Isnin minggu lepas, seperti Isnin bulan lepas. Sampai sekolah baru-lah sibuk dok pikir nak ajar apa la hari ni....hehe...Sejak bermula jadual siri 3 ni, Isnin-lah hari yang paling full. 6 kelas + 1 perhimpunan. 3 waktu je free. Itupun waktu yang free 'curik-curik' ke bilik fotostat, pejabat atau kantin (sekarang tak pergi la sebab bulan puasa). Dan lebih seronok 6 waktu ada 4 kelas yang berbeza. Jadi maksudnya ada 4 RPH (Rancangan Pengajaran Harian) yang berbeza, dan sudah tentu 4 persediaan yang berbeza.

Tapi hari ni seronok juga la. Walaupun kadang kala tidak bersedia, tapi back-up sentiasa ada punya..haha..So tadi 1 Elite tak masuk kelas sebab main 'jual-beli' kelas minggu lepas dengan Kak Teo, 1 Gamma buat corrections (padahal paper belum habis marking uols hehe), 3 Delta - Topical Test Form 1 & 2 Elite pula buat revision untuk Topical Test Form 1 (esok). Alhamdulillah tamat Isnin.

Minggu ni minggu terakhir bulan Ramadhan di Sabah, untuk tahun 2011 la. Tak sabar nak balik kampung oh................................................

Wassalam.

Sunday, August 21, 2011

RAMADHAN 1432H

Salam Ramadhan 1432H

Dah 21 Ramadhan baru nk update blog. Tahun ni seronok; senang nak kira; 21 Ogos = 21 Ramadhan.....

Yup, sejak 2 menjak ni memang sibuk yang amat. Dengan sibuk nak 'kejar' silibus, dengan 'proses adaptasi' dengan jadual baru & pelajar2 baru, dengan tuisyen sana sini, key-in markah kerja kursus PMR...Setiap hari memang busy. Balik dari sekolah terus 'bertapuk' dalam bilik. Dari petang hingga ke malam sampai la ke pagi. Rasa macam dah lama sungguh tak tengok tv, especially lepas 'Maharaja Lawak' tutup kedai..eheh..

Oh ya, bercakap pasal kelas Elit; saya 'terpilih' untuk mengajar kelas Elit; subjek Sains untuk kedua-dua kelas; 1 Elit & 2 Elit. Jadi sekarang saya mengajar Sains 1 Elit, Sains 2 Elit, Sains 3 Delta & English 1 Gamma. Hah ambik kau! Kecuali 1 Gamma, yang lain semua kelas 1st. Ok juga bha; pengalaman. So far I'm quite excited with my new schedule!! XOXO

Beberapa hari sebelum cuti raya. Budak2 form 3 sudah masuk fasa akhir; pecutan untuk PMR. Harap-harap diorang pn memecut juga, sama seperti cikgu2 mereka......Tapi kadang-kadang nampak macam cikgu2 je yang sibuk memecut, budak2 masih belum 'tersedar dari mimpi'...Aduhaiiiiiiiiiiiiii...............

Wassalam

Saturday, August 6, 2011

It's 30!!

Happy Birthday........
May Allah bless me......

Saturday, June 18, 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH TENOM SABAH 2011

Assalamualaikum & salam 1Malaysia..

Minggu pertama persekolahan. Proses penyesuaian diri setelah 2 bulan bercuti..hehe..

Sibuk. Guru-guru sibuk. Budak-budak juga sibuk. Sebelum cuti sekolah sibuk dengan peperiksaan. Selepas cuti sekolah sibuk 'key-in' markah & buat analisis, serta buat perbincangan soalan. Budak-budak pula sibuk; ada yang nak tambah markah, ada pula yang nak tahu jawapan. Tapi yang pasti tiada yang sibuk nak tolak markah.

Minggu terakhir semester 1 hari tu, budak-budak telah dimaklumkan bermula semester 2, 'kelas elit' akan diwujudkan bagi pelajar-pelajar yang pandai; 1 kelas Tingkatan 1 & 1 kelas Tingkatan 2. Jadi budak-budak pun makin sibuk nak tahu mereka terpilih atau tidak. Tetapi mereka tidak tahu guru-guru lebih sibuk, mahu memastikan pelajar-pelajar yang terpilih adalah di kalangan pelajar-pelajar yang layak sahaja. Setakat minggu ni, senarai nama pelajar kelas elit masih belum muktamad. Setiap hari ada perubahan. Ada yang tidak puas hati itu, ada yang kurang puas hati ini. Erk, saya pun 'terheret' sama uols..hehe..

Jadi, kalau ada kelas baru, mesti ada jadual waktu baru. Lepas ni agak-agak kena ajar pula ya..hehe..Sains oh..

Oh ya, pagi tadi ada sambutan Hari Guru peringkat daerah TENOM Sabah yang dibuat di sekolah kami. Bangga. Seronok. Lebih bermakna kerana buat julung-julung kalinya Pengarah Pendidikan Negeri Sabah menjejakkan kaki ke daerah TENOM dan sudah pasti sekolah pertama yang dilawati ialah sekolah kami. Terima kasih.

Sudah habis cerita.

Wassalam.
 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB