Thursday, December 29, 2011

JAPANESE COTTON CHEESECAKE

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

NO PAIN NO GAIN
Tak berusaha tak berjaya, jadi kalau nak berjaya kena la berusaha. Konsep ni semua orang pun tahu, tak payah explain (^_^).

Johol N9>KL>KK>TENOM SABAH

Saya balik awal (211211) iaitu sehari sebelum keputusan PMR 2011 diumumkan kerana bertugas untuk membuat analisis. Perajalanan balik lancar.

PMR 2011

Alhamdulillah & TAHNIAH kepada semua calon PMR 2011 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang!! Tahniah juga kepada semua guru & warga sekolah yang telah bertungkus lumus sepanjang sesi persekolahan 2011. 1 orang berjaya mendapat 7A (staight As), 8 orang 6A manakala 4 orang mendapat 5A. Buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun penubuhan (sejak 2001), sekolah berjaya mencatatkan peratus lulus 74.68% dengan GPS 2.93. Mata pelajaran SAINS juga mencatat sejarah apabila mencatatkan 100% lulus dengan 22 orang mendapat A manakala Bahasa Inggeris juga mencatatkan keputusan yang sangat baik dengan peratus lulus 79.11%. Alhamdulillah!

JAPANESE COTTON CHEESECAKE

Dalam kalut + sibuk packing nak balik TENOM, malam sebelum tu masih sempat cuba buat kek ni. Agak nervous juga disebabkan ini kali pertama cuba masak cheese cake guna kaedah bain marie @ water bath. Tengok gambar je la. Nak cerita panjang pun belum ada mood; memikirkan sesi persekolahan 2012. Hehe


Goodbye 2011 WELCOME 2012!!

Wassalam

Monday, December 12, 2011

SHOPPING 2011 (Year End) Part 2; JOHOL N9 (011211)

Assalamualaikum & selamat bercuti (kepada yang masih bercuti..hehe)

"There is No Royal Road to Success!!"

SHOPPING (Year End) 2011

Sejak bermastautin di TENOM Sabah (mulai Januari 2010), bukan setiap hari dapat pergi shopping. Lain la dulu (1999-2009) semasa menetap di sekitar KL, bila-bila masa nak pergi Midvalley Megamall; capai motor, dalam masa 5 minit dah sampai..hehe..Jadi sekarang ni sekali sekala dapat balik Semenanjung, bukan setakat Midvalley; Jln Tar, Masjid India, Central Market, Shah Alam, Seremban, Tampin, Kuala Pilah malah JOHOL pun kita nak redah!! Haha..Punya la melampau. Ada kawan yang tanya, "Kau kumpul duit 1 tahun untuk shopping hujung tahun ke?" Sungguh 'hahahahaha'' ok............

Kadang-kadang bukan la kita sengaja nak pergi shopping ke setiap 'ceruk alam'. Masalahnya tak semua barang yang kita nak beli tu ada kat 1 tempat. So that's why sometimes we have to go to different places..............Tapi tak semua yang faham situasi ni, abaikan! Hehe..

LELONG Disember 2011 (JOHOL N9)

Setiap 1hb setiap bulan, Pasar Lelong akan diadakan di Pekan Johol. Sudah lama tak pergi Lelong ni, kebetulan kali ni berkesempatan, memang tak lepaskan peluang. Banyak juga la memborong. Punya penuh raga motor.........................

Pasar Lelong ni ada jual pelbagai barangan. Antaranya makanan, pakaian, perkakas rumah, beg, kasut, baju, pisau & parang pun ada.

Persediaan 2012

Beberapa hari sebelum kembali ke Malaysia Timur, sedang berusaha untuk siapkan persediaan untuk 2012. Ada beberapa barang lagi yang masih mahu dibeli. Skema jawapan belum siap, baru nak buat bab 1 (adoiyaii), senarai nama calon PMR 2012 belum usik, power point untuk bab 1-5 pun belum kena sentuh. Ada plan nak menjahit bagai lagi tu. It's ok, still have few days left. Shopping pun dah sampai part hujung-hujung je ni..hehe..

Hmm, currently is addicted to 2 Days 1 Night (Korea) esp LSG!! Annyong haseyo.. XOXO

Rumour: PMR 2011 result will be announced next week (22/23 Dec 2011)

Wassalam

Wednesday, December 7, 2011

PAVLOVA vs PAVGUA

Assalamualaikum & salam sejahtera..

"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough" - Albert Einstein

2 minggu sebelum 'mulik' ke TENOM Sabah..

Dah 10 hari tak update blog. Maklum la, minggu-minggu terakhir cuti ni banyak urusan yang ingin diselesaikan. Alhamdulillah modul sudah dihantar dan dalam proses pencetakan. Sekarang masih menunggu mood untuk buat skema jawapan. Minggu ni juga sibuk dengan usaha melipat kain baju yang menggunung tinggi serta mengemas rumah. Sambil tu 'selit-selit' baca novel. Eh, walaupun sibuk dengan pelbagai urusan, sedar tak sedar aktiviti YES (Year End Shopping) 2011 sudah sampai ke part 4! Esok insya Allah akan bersambung ke part 5 iaitu ke Shah Alam pula. Over uols!

PAVLOVA vs PAVGUA

Cuti balik kampung memang biasa sibuk nak cuba masak itu ini. Kat rumah (baca sebagai Semenanjung) ada mixer, oven & segala perkakas. Bahan-bahan pun mudah nak beli. So apalagi, kali ni cuba masak PAVLOVA. Beberapa bulan kebelakangan ni asyik tengok orang dok tayang pavlova masing-masing. Kita pun nak cuba juga. Sebenarnya nak beli, tapi tak tahu kat mana. Sebab tu terpaksa buat sendiri bha..

PAVLOVA

Pavlova merupakan sejenis manisan yang popular di sekitar New Zealand & Australia. Mengambil nama sempena penari ballet Rusia iaitu Anna Pavlova, manisan ini terdiri daripada 3 lapisan iaitu meringue-based (tapak), whipped cream & buah-buahan segar seperti kiwi, markisa & strawberi.

PAVGUA

Kali pertama cuba buat pavlova, guna oven nenek. Sebenarnya oven ni, orang Sabah cakap dah 'sot'. Almaklum usia oven ni pun dah berpuluh-puluh tahun. So tunggu punya tunggu 2 jam pun masih belum masak-masak juga. Kali kedua buat cuba guna oven Mak pula. Wah, kali ni disebabkan guna oven 'muda remaja', ter-cepat sangat la pula masak. Secara keseluruhan dua kali cuba, dua-dua kali menghidangkan pavlova yang berbeza. Semasa buat pavlova tu, adik saya Udo cakap "Kalau jadi kito panggil pavlova, kalau tak beghapo nak jadi kita panggil PAVGUA".

Jadi inilah dia PAVGUA (^_^)


Pavgua ke pavlova ke, janji LICIN!!

Ok-lah nanti update lagi. Harap-harap YES 2011 (Part 5) Shah Alam esok berjalan lancar & harap-harap segala barang yang dihajati tu dapat dibeli!!

Wassalam.
 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB