Monday, September 12, 2011

Post-Raya

Salam Syawal..

Isnin ke-2 selepas cuti raya. Raya tahun ni teramat la simple uols. Baju raya tahun ni actually beli lepas raya tahun lepas. Dok simpan2 tak pakai. Alih2 adik3 cakap tahun ni tema 'kelabu' Apa lagi terus 'reserved'. Save budget kunun. Haha. Tudung kelabu pun dah beli tahun lepas, lepas beli baju tu. Yang itu pun reserved jugak. Tapi itu la beli tahun lepas, jahit manik tepi tudung nak juga buat malam raya. Haha...

Beberapa hari sebelum mula puasa baru sibuk nak beli tiket raya. Minta CRK untuk hari Jumaat sebab ramai yang balik Khamis petang. Pengetua tak bagi ambil CRK sebab bersambung dengan cuti panjang + Pengetua cakap mungkin nak bagi cuti peristiwa Jumaat tu (26/8/11). Lepas confirm je Jumaat tu cuti, terus beli tiket balik Khamis 630pm. Ha ambik ko tak menyempat-nyempat. Minggu terakhir sebelum cuti tu jugak pergi kursus induksi di Likas Condotel KK; 26-28/7/11).

Sepanjang bulan puasa biasa je la. Memang tak pergi bazar Ramadhan. Setiap hari bergilir-gilir masak di rumah. Minggu terakhir Ramadhan je iftar di luar. Sekali dengan budak2 3 Delta di K*C, sekali iftar jamaie di sekolah. Jadi la. Tarawih memang di rumah. Tadarus? Kantoi..Ada 12 juzuk lagi menunggu dalam bulan Syawal. Insya Allah.

Beberapa hari sebelum balik, baru sibuk nak booking teksi ke airport. Kitorang balik ber-3; dgn Haini & Dil. Dalam flight duduk sebelah Haini. Sampai di KL, Anum & Imah jemput, terus ke rumah Pidah & Sharif. Mak & Abah pun ada. Lepas dah makan & solat, kitorang ber-3 ke downtown Bangi cari baju Melayu untuk 2 hero; Udo & Dik Wan. Sampai ke pagi tak jumpa. Mak & Abah terus balik N9. On the way balik N9 singgah beli MekD; wajib. Akhirnya pukul 330am baru sampai rumah. Solat tarawih & terus sahur & Subuh sebelum tidur.

Hari-hari sebelum raya memang 'flat'. Sabtu sebelum raya sempat ke Seremban & Senawang; shopping. So raya 2011 as mentioned b4, punya la simple. Abang & family serta Pidah & husband raya di rumah mertua. Raya pertama pun kitorang tak jalan2. Raya ke-2 sempat pergi 2 buah rumah. Raya ke-3 ada kenduri di kedai. Raya ke-4 raya 1 buah rumah + shopping kat Tampin. Raya ke-5 (Sabtu) dah balik Tenom. Overall 4 buah rumah je sempat beraya tahun ni (termasuk rumah Kolo).

Hujung minggu selepas cuti raya (9-11 Sept) ada program Skor A Sains PMR & English SPM. Punya la penat hingga ke hari ni. Tapi yang penting puas hati beb! Alhamdulillah.

Ok, dah la tu kot. Kena fokus untuk PMR pula, tinggal kurang 3 minggu je lagi. Oh ya minggu ni; 12-19 Sept 2011 diorang ada Trial PMR peringkat sekolah. Harap-harap semua pun dapat keputusan yang cemerlang.

Wassalam.
 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB