Thursday, April 5, 2012

TOG > MSSD > MSSB > MSSS

Assalamualaikum & salam sejahtera..

"A pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty." - Winston Churchill

Tahun ni terlibat dengan sukan dari peringkat sekolah, daerah & bahagian sahaja. Sukan peringkat negeri tidak terlibat secara langsung. Peringkat sekolah; Temasya Obor Gemilang (TOG) pada 19-21 Januari 2012, peringkat daerah MSSD Tenom 8-11 Februari 2012 & peringkat bahagian MSSB Pedalaman 23-26 Februari 2012.

Sebaik sahaja tamat sukan peringkat pedalaman, fokus utama ialah akademik. Bertungkus lumus juga la kejar silibus, buat ulangkaji serta menyediakan kertas soalan. Tapi dalam pada tu sempat juga mendaki Gunung Kinabalu pada 3-4 Mac 2012.


Ni antara gambar sukan MSSD yang sempat dirakamkan. Tahun ni peringkat sekolah latih acara 400m, peringkat daerah 800m & 1500m manakala peringkat bahagian terlibat dengan lompat tinggi. Tahniah kepada semua atlet yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi & selamat berjuang kepada atlet-atlet yang terpilih mewakili Sabah ke MSSM yang akan berlangsung di Perlis.

Akhir bulan ni ada satu lagi kejohanan sukan berprestij iaitu Sabah Open. Insya Allah akan terlibat juga.

Wassalam.
 
AKU BUKAN KAMU - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB